Sunday, 16 September 2012

Happy 60th Birthday xoxo

last hang out with Dad and Mom.
Dear Abah,
 Happy 60th Birthday. this time last year, we still can see your smile. but today, we still remember your smile and we missed you so much. Allah sayangkan Abah. Terima Kasih kerana menjadi Abah yg terbaik dalam hidup kami. Sangat rindukan abah. first time raya and tak celebrate birthday abah. takpe, Abah setia menunggu kami kan?

Abah dah jadi tokwan tahun ne, cucu abah nama Ainaa Maryssa Binti Asrazi. comel sangat. jari tangan and kaki dia ikut abah. hehe, panjang-panjang semua. dulu adek selalu terfikir, bila lah abah and mama nak jadi tok & tokwan, persoalan adek dah terjawab, tanggal 10hb Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadan 1433H.

ini cucu abah,

banyak sangat yang adek nak berborak dengan abah..Allah je yang Maha Mengetahui betapa adek rindu sangat dengan Abah. Tapi adek kuatkan hati adek dan selalu berdoa supaya suatu hari nanti Allah akan makbulkan doa adek..aamiin..

Abah, tenang lah disana ye, Adek selalu doakan abah jumpa dengan Abang gg. insyaAllah. salam rindu dari kami kepadamu, Allahyarham Harun Bin Abdul Rahman. sayang abah. sangat.

HazlizaHarun xoxo

Friday, 1 June 2012

In.Loving.Memory. xoxo

Hello June.
finally you're here.

as you all know that my dad passed away on 27th May 2012.
Abah, menghembuskan nafas terakhir jam 6:47 petang setelah koma selama sejam.
Syukur ke hadrat Illahi, Abah 'pergi' dengan tenang menghadap Allah.
tiada kesulitan sepanjang proses memandikan, mengafankan, solat jenazah (6 saf termasuk perempuan) dan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ampang dan sangat dekat dengan pusara arwah abang & Atok.
Abah sangat tenang. namun, aku tahu kami yang masih hidup ni, tiada kata-kata yang mampu diluahkan.
cukup lah sekadar meredhai pemergian abah.

for today's blog, i'm gonna write what i feels throughout this situation.
my next post, i'll share the moment on 27th May.
I'm totally worried with my mom. my late dad's too.
decided to stay in KL and study back here. but my brother don't think it's a good idea.

i'm going back to Labuan Island on this 5th June 2012. just for my final exams.
really need to start back what i've left.
hari ini, pergi menziarah pusara abah. masih segar lagi tanahnya.
memang tak jauh dari pusara abang and atok.
i will remember that moment when Abah ajak me to get a train ride to "Ampang" at 12:00am.
he gave me a signed that he wanted to be with my late brother.

Abah, memang terasa sunyi sangat-sangat abah dah takde.
dah takde siapa nak teman adek tengok bola. Memang rindu sangat-sangat kat Abah.
tapi adek tahu, abang boleh jaga abah kat sana and bimbing abah. adek akan cuba jadi anak solehah.
dah taknak nakal-nakal (ini pesanan terakhir abah kat saya). kesian kat abah kena tanggung dosa adek.
abah cakap adek warna-warni kan? sebab adek taknak abah takut. adek nak abah tenang. macam ayat yassin yang terakhir adek bisik kat abah,

"Salamun Kaulam Mirrobirrahim" yang bermaksud
Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Tiada daya dan upaya kami, hanya kami berharap pada pertolonganMu.

yer Abah, adek buat solat hajat sehari sebelum abah tutup mata, adek minta petunjuk dari Allah. adek taknak tengok abah seksa macam tuh. Terima Kasih Abah sebab abah dah jadi ayah yang paling terbaik yang Allah dah kurniakan. Allah dah pun makbulkan doa adek, sekarang abah dah tenang. adek akan ingat dalam ingatan nie detik-detik terakhir, ciuman terakhir adek dengan abah sampai bila-bila insyaAllah. abah, jumpa adek kat syurga k? adek janji akan jaga Mama macam mana Mama jaga Abah masa sakit. 

banyak yang saya nak luahkan tapi apakan daya. hati saya belum tabah lagi. 
izinkan saya mengundurkan diri. take care semua.

HazlizaHarun xoxo




Friday, 25 May 2012

Next And Next And Next xoxo

Assalamualaikum friends and family :)

ya, my 3rd post for today. annoying kan? haha.
bukan nak menunjuk yang saya nie ada banyak masa tapi while i'm typing this, saya tengah babysitting and now dorang tengah tengok Upin & Ipin. my sis jaga both of my parents dalam bilik.
Ok Guys, to be cleared, i created this post BUKAN NAK MINTA SIMPATI tapi percaya lah kawan-kawan, menjaga kedua orang tua kita nie memang dugaannya sangat besar dan Allah memberi peluang kat saya untuk menjaga mereka sementara saya boleh dan mampu untuk menjaga.

so, today abah ada check-up from Hospis and starts today abah nya medicine dah takde liquid morphine but injections. needles and loads of needles.
but the pains, abah takkan rasa sangat. Thanks, Hospis. And we just found out yang abahnya liver dah tak function sangat. sebab tuh abah nya ubat tak berkesan before this. harapan sangat bergantung pada injections.
Alhamdulillah, today abah minum Milo, Apple juice, and Coke. yes, Coke! bagilah sikit nak merasa kan, asyik plain water je.

supposedly i'm going back to Labuan this Sunday. sangat nak surprisekan my friends, Zulaikha Meseri & my other housemates. tapi mission tuh tak berjaya pulak since, nurse from Hospis cakap, kalau ready nak balik, balik lah but cuba fikirkan my mom yang akan keseorangan nanti. yes, masa tuh la air mata aku mengalir laju. tak sanggup nak letak diri ni kat tempat mama. so, family first. cancelled my flight this Sunday and MAYBE i'll extend my semester since final exams just around the corner.

Or, i really need opinions from you guys. macam-macam fikir nie. nak berhenti belajar ada. nak kerja ada. tengok! macam-macam fikir. tapi for the time being, nak ada kat sisi abah sampai lah 'tiba masanya'. Pahitkan? cuba lah kita tukar tempat untuk 5 minit je, bayangkan. tak semua orang percaya cerita saya nie, saya tau. saya bukan lah homesick atau anak manja. tapi bila kita cakap pasal ajal-maut nie, kita tak tahu bila masanya. serious tak meminta simpati pon cuma, bila dah sebulan lebih tak keluar rumah nie, dah takde tempat nak mengadu.

nie gambar terbaru abah, sorry ya, tangkap gambar nie curi-curi. untuk tatapan sendiri je. tapi nak bagi makhluk Allah yang langsung takde hati perut nie percaya.

100% depends kat oxygen. so you tell me? 
agak-agak ringan tak kaki nak pergi belajar?
kawan-kawan, fikirkan keadaan saya sekeluarga k?
BUKAN MERUNGUT tapi renung-renungkan lah wahai Hamba Allah.
hari nie hari saya, esok lusa? wallahualam.

HazlizaHarun xoxo

Abah's Progress xoxo

meet abah and mama :)
this picture was taken on 6th February 2012.
Ben's Pavilion, KL.

abah mula lemah since April 2012. no more chemo from PPUM.
and i'm not sure why but according to Hospis, one of abah lungs (Right side) dah takde.
so, abah depends 100% on his left side lungs.

and starting from last weekends, something happened.
abah started to forget and lost his memories. but tak kritikal.
all he can think is his job. pekerja dedikasi katanya.
sangat comel abah nie. macam-macam dia ingat.
but, detik yang paling sedih, bila abah lupa dia ada kat rumah sendiri.
and detik-detik dia menahan sakit lah detik yang melemahkan semangat aku.
aku tak boleh bayangkan kesakitan yang dia tanggung.
bergantung seratus peratus kat tong oxygen. 

so, peluang yang ada nie, aku spend time dengan abah.
Habis tuh, macam mana dengan student life aku?
senang je, keluarga aku lagi penting.
segulung ijazah tuh aku akan genggamkan, cuma, lambat sikit dari teman-teman ye.
tak kisah lah, aku hidup di muka bumi nie pon ada tujuannya.
happykan parents aku dan hidup ke jalan Allah. insyaAllah.

conclusionnya, segalan dugaan yang Allah beri kat family encik Harun nie.
insyaAllah kami hadapinya. 
takkan putus doa kami. insyaAllah.



HazlizaHarun xoxo

Thursday, 24 May 2012

Assalamualaikum xoxo

hai, teman-teman. 
yes, this is my blog, just created for fun or story on what I've been throughout my life.
well, this is not a diary for me since this is my public blog.




this is me with my baby afia.
yes, saya menjaga budak kalau duduk kat rumah nie haa.
tolong mak! haha, babysit for 5 kids! that's sick! well, i can do that just to let you know.




abah, yes, abah saya sangat sakit kuat. dia sangat kuat menghadapi dugaan yang Allah beri. menghidap Kanser Paru-paru tahap 4. Doktor mula detect dia ada kanser bulan April 2011. Puncanya? Abah mula Stop Smoking masa bulan Ramadhan tahun 2000. tengok, kuatkan abah? hmm, siapa tak sayang abah sendiri ye tak? so, since 20th April 2012, saya pon balik la ke Gombak, sebab doktor cakap apa-apa boleh jadi kat Abah dan saya perlulah bersedia.


tugas saya? sepanjang berada di rumah, saya akan jaga abah and perhatikan abah dari mama tidur sampai lah pukul 2 or 3 pagi or tak tidur langsung (kalau ada bola) ..buatkan hot drinks kat abah kalau dia nak. ya, tugas saya tak berat tapi kalau saya tak perhatikan abah, kalau dia sesak nafas macam mana? hmmm, tengok. orang tak paham kan cerita saya?


Insan yang saya paling kesian, Mama saya. dia lah yang tiap-tiap hari mengalirkan air mata untuk abah saya. saya tahu mama kuat tapi mestilah dia sedih tengok keadaan suami dia sakit. 


setiap hari saya doa, solat dan bacakan yassin untuk abah saya. hanya Allah yang tahu. saya memang tak kuat nak hadapi dugaan yang Allah ini. yelah, belajar 'terbang', macam-macam lah terbang. tapi nak buat macam mana, mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini, ye tak?


so, siapa-siapa yang tanya, "Eh, Kenapa dengan ayah Hazliza Harun?" ..ini lah jawapan segala persoalan anda. 


abah, adek saya akan mendoakan kesejahteraan abah didunia & akhirat. terima kasih ya abah sepanjang adek hidup bersama abah. kita jumpa disyurga, InsyaAllah.




    


HazlizaHarun xoxo